7 stages in Internet Marketing

on Sunday, December 6, 2009

Tahap 1 – The Mooches

Secara ringkas, The Mooches adalah mereka yang :

  • Mempercayai internet bukanlah tempat untuk menjana sebarang pendapatan, tetapi internet hanyalah sekadar tempat untuk berseronok.
  • Kemahiran yang rendah di dalam teknik pemasaran.
  • Kurangnya motivasi untuk berjaya.
  • Bersikap rendah diri dan takut untuk mencuba.
  • PERCAYA bahawa kekayaan itu adalah kebetulan sahaja dan bukannya hasil dari kemahiran dan kerja keras.

Tahap 2 – The Wanna-Be

The Wanna-Be berada di atas sedikit dari The Mooches.

Dan mereka di dalam bahagian The Wanna-Be ini memiliki sifat dan personaliti seperti :

  • Sama seperti The Mooches, yakni kurangnya motivasi untuk berjaya.
  • Mahu wang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
  • Gagal untuk bertanggungjawab keatas segala tindakan di dalam hidup mereka.
  • Mudah menjadi mangsa penipuan scam.Golongan ini melaburkan wang mereka di dalam peluang-peluang murah, mempercayai kononnya akan membawa kekayaan kepada mereka suatu hari nanti.

Tahap 3 – The Pretend To Be

Golongan The Pretend To Be ini boleh diibaratkan sebagai mereka yang bekerja keras TETAPI tidak mengambil sebarang pengajaran dari hasil usahanya.

Bermakna golongan ini, jika mereka gagal, mereka tidak membuat sebarang kajian atau post mortem mengapa mereka gagal.

Akhirnya mereka asyik melakukan kesilapan yang sama, kononnya mereka bekerja keras, tetapi masih lagi tidak berjaya berjaya.

Golongan ini Hard Work , tetapi tidak Work Smart.Ciri-ciri golongan ini adalah adalah seperti :

  • Mereka cakap banyak, namun pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa yang mereka cakapkan itu.They just don’t walk the talk.
  • Kurang keberanian dan takut kepada ketidaktahuan.
  • Mereka hidup di dalam sangkaan mereka sendiri yang salah.Mereka mempercayai adanya masa yang sesuai dan tidak untuk melakukan sesuatu.Hakikatnya mereka tidak tahu SEKARANG adalah masa yang paling tepat..!

Tahap 4 – The Newbie

Di tahap keempat ini adalah tahap untuk The Newbie.Mereka yang di tahap ini mempunyai sikap-sikap yang sangat positif seperti keinginan untuk mempelajari ilmu-ilmu baru, mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, namun kekurangan pengalaman.

Golongan ini mempunyai pegangan tersendiri iaitu ‘If you want something done, you gotta do it yourself.’ Ini bermakna, mereka akan melakukan KESEMUA kerja-kerja berkaitan perniagaan mereka, dan secara langsung ianya tidak memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ciri-ciri untuk golongan The Newbie ini adalah :

  • Kebanyakan dari usahawan internet JATUH di level ini.
  • Mereka keliru dengan pendekatan yang betul untuk memasarkan sesuatu produk.
  • Kurangnya pemahaman terhadap asas di dalam pemasaran.
  • Tiada visi.Gagal untuk melihat perniagaan mereka dari segi jangka panjang.

Tahap 5 – The Marketer

The Marketer telah mencapai tahap di mana mereka hampir mencapai kejayaan tersendiri.Mereka telah menjana pendapatan akan tetapi mereka kurang dari segi cita-cita untuk membina sebuah perniagaan berasaskan internet, dan bukan hanya memiliki laman web yang menjana pendapatan sahaja.

Mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti :

  • Takut untuk keluar dari zon selesa mereka, walaupun menjana pendapatan yang tinggi dari internet.
  • Kebanyakannya memilih ‘bermain untuk tidak kalah’ berbanding ‘bermain untuk menang’.
  • Memiliki perniagaan yang berpotensi untuk dibawa ke tahap yang seterusnya.

Tahap 6 – The Master

The Master adalah jutawan.Mereka mempunyai pendapatan 6 angka setahun.Mereka adalah leader di dalam industri mereka.Mereka berpengalaman bekerja di dalam pelbagai jenis perniagaan.

Keupayaan utama The Master adalah , mereka boleh memasuki mana-mana saja niche, walaupun niche yang mereka masuki itu bukanlah niche kepakaran mereka dan mereka tiada pengalaman di dalam pasaran niche tersebut.

Ciri-ciri mereka di bahagian The Master adalah seperti berikut :

  • Mereka meng-outsource hampir keseluruhan perniagaan mereka kecuali pemasaran.
  • Tidak pernah berhenti belajar-sentiasa ingin menambah ilmu dan membuat pelaburan untuk diri sendiri.
  • Menpunyai visi yang jelas dengan apa yang mereka inginkan.
  • Percaya pada diri sendiri dan keupayaan yang mereka ada.

Tahap 7 – The Entrepreneur

Inilah tahap terakhir di dalam hirarki seorang usahawan internet.

The Entrepreneur adalah mereka yang telah mencapai kejayaan tertingi di dalam hidup mereka.

Mereka mengaji individu-individu yang lebih cemerlang dari mereka untuk memastikan kejayaan perniagaan mereka.

Ciri-ciri The Entrepreneur adalah mereka yang :

  • Memiliki visi dan sifat keusahawanan yang tinggi.
  • Membawa perniagaan mereka menjadi public.
  • Sentiasa meningkatkan modal.
  • Mengaji pengurus profesional untuk menjalankan perniagaan mereka.

0 comments: