dba....wish u tell me how to forget u...
ni cerita lme la...anyway kitorang macam da tak kawan da pon...so xkesah sangat la...klau Dba sendiri yang jumpe blog nih....
Kesahnya mula ngan cuti tahun kedua semester pertama ..dah tak tahu nak buat apa ...aku pon kerje la kat stesen minyak Petronas Pendang ....so kerje kat sini memang banyak pengalaman pahit / manis...yang mungkin aku akan cerita nanti...post kali ni tumpukan pasal Dba...kerana aku semadikan memori semua tu kat sini .
Start dari hari pertama kerja kat stesen Petronas , aim aku hanya la habiskan kerja ,cukup bulan ambik gaji....sampai lah satu ketika masuk seorang gadis yang sangat cantik , dari segi perwaktakan , personaliti dan tingkah laki ke stesen tu , kerja untuk waktu cuti . Selang tak berapa lama aku dapat tahu yang nicknya dba ,dan sedang belajar di UM . Entah macam mana kitorang agak rapat ..walaupon dia kerja part time kat situ jual jagung dan aku part time keje isi minyak...jarak kedudukan tu agak jauh.
aku ni bukan jenis yang suka cari lawak (buat lawak) tapi secara spontan kadang-kadang memang akan buat lawak ,aku rasa memang diri aku macam tu. Jadi pada masa tu , aku pikir kitorang rapat pon sebab aku ni slalu juga wat lawak ..walaupon ade juga yang hambar.tapi selalunya dia mesti sekurang-kurangnya tersenyum.
Dipendekkan cerita sampailah suatu hari ada seorang mamat yang selalu datang isi minyak. Mamat ni usia 23 ,so pada masa tu umur aku 20 ,samalah ngan Dba . Mamat ni macam sangat suka kat Dba . Aku sedar benda ni..dan sejujurnya walaupon aku cuba endahkan benda nih..tapi setiap kali dia cuba menghampiri Dba ..ada rasa sakit yang agak amat dihati aku.macam cemburu...dan setiap kali itu juga aku cuba menyedarkan diri aku yang aku dan Dba xada apa-apa hubungan pon...malah aku pon rasa yang aku tak layak untuk memikirkan pasal tu.
Mamat ni macam gila ... tanya number phone . tanya baju apa pakai esok ,semalam ...siang , malam asyik datang kacau Dba berkerja . Namun, aku hanya mampu memerhati dari jauh walaupon jauh di sudut hatiku ingin saja berbicara degan mamat ni secara terbuka bukan sebab apa ...tapi kalau sesiapa pon yang bergelar manusia akan tersentuh dengan perangai mamat yang macam sangat gila ni .
Dipendekkan cerita sampai dekat Dba da nak behenti , sebab UM memang start belajar awal ...berbanding UTP . Jadi aku macam tergerak untuk bertanya keluar makan pada malam terakhir sebelum Dba behenti kerja . Aku rasa sangat gembira apabila Dba setuju dan kami bercadang keluar dengan seorang lagi akak yang berkerja part-time juga.
Tapi petang tu ,tiba-tiba mamat gila ni datang juga . Dia ajak Dba keluar .Aku hanya mampu memerhati dari jauh . Entah bagaimana , Dba pergi ke depan kedai makan yang betul-betul depan stesen Petronas tu. Aku pada masa tu merasakan satu kesakitan yang sangat amat , kesakitan yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku , macam hatiku betul-betul berlubang .mungkin lagi sakit dari luka-luka fizikal yang mungkin berlaku. sangat sakit,tak dapat aku gambarkan. Seketika kemudian aku nampak mereka pulang ke stensen petronas.
Pada malam itu, kami keluar makan malam .kami duduk di tempat nasi ayam pada mulanya ,dan selepas itu ke kedai Yong tau foo . Pada ketika itu kami bersembang seketika mengenai pelajaran .Aku pon bertanya pasal petang tadi . Dia pon cakap mamat tu memang paksa dia sangat-sangat, sampai dia pon terpaksa keluar sekejap.Luka hatiku tadi seolah-olah lega seketika. Dia pon berkata telah beritahu dan berpura-pura yang kami sangat rapat kepada lelaki itu. tetapi lelaki itu tetap endah kan . aku hanya tersenyum tetapi ada sedikit kegembiraan dihati ku .walaupon semuanya lakonan semata-mata . Dipendekkan cerita kami pon bertukar email/no phone .
Apabila masuk kepengajian , aku cuba menghubungi Dba, melalui telephone dan juga email.Alhamdulillah dia juga mengbalas email dan sms ku .Dia juga gemar menghantar email2 berunsurkan agama ,jadi aku sangat gembira medapat peluang mengenali diri beliau.
Sehinggalah seketika beliau tidak mengbalas email mahupon sms aku . Tapi seketika beberapa hari selepas itu beliau memberitahu beliau sangat sibuk kerana peperiksaan hampir menjelang.
Selang beberapa minggu lepas peperiksaan beliau ,aku cuba menghubungi kembali . beliau telah balik ke kampung. beliau mengbalas beberapa smsku dan sehingga kini tidak lagi mengbalas sms ku. Aku jadi bingung , resah dan buntu.Kenapa tiba-tiba dia mengendahkan daku? apakah silap daku ? adakah diri ini pernah melakukan kesilapan tanpa disedari.
Aku mula sedar ...mungkin juga kepedihan seketika itu..berpunca dari diriku yang mengharap hubungan persahabatan itu berkekalan .Jadi aku sangat berterima kasih atas segala kenangan itu .walaupon hanya seketika.
Aku juga ingin meminta maaf sekirannya ada silap daku . Semoga beliau bahagia hendaknya .Jika ditakdirkan Allah ,suatu hari nanti..kami akan bertemu mungkin ...walaupon mungkin sudah tidak mengenali sesama sendiri selepas itu.Mungkin juga kita persahabatan kita ditakdikan terputus begini.Selamat tinggal . Assalamualaikum
Maybe...We Are Just not Destined to be Together ...It is not that "what can i do"..it is "what i'm able to do"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(108)
-
▼
July
(23)
- LaWat skola...
- Suami bin Lelaki17, Jalan Angkasa,24300, KemamanTe...
- Aku Bukan SuperMan
- perbulan....yg bosan....
- 2 pilihan untuk jadi kurus....
- Picture kat office
- PrograM MengenaL Cinta :D
- AKu Juga beGitu
- Perhaps...this is not my place either
- ISLAM true story :: DOES GOD really exist?
- Difference ..Differ....DUMBASS
- internxoxo..kaw3 gossip
- esk de first vist..kaw3
- Knapa saya suka opis saya?
- Teladan::RM1 bertemu RM50
- Result esok!
- NuR KasiH
- Fire
- KITA TAK BUANG AWAK...
- Check wei...website korang bape ringgit?
- Readers come from?
- TwiTTERRRRR
- dba....wish u tell me how to forget u...
-
▼
July
(23)
6 comments:
hurm....cool bro...itu semua suratan dah....jika dia memang utk lu satu masa dia akan muncul jua....bc entri nie buat gua tersentuh...gentle.!
thank you for visiting n comment
have nice day!
:D
aku penah rase itu rase.
namun rase itu beredar mengikut putaran bumi.
ps:belum jumpa yg tulang rusuk kamu yg btul lg maknanya tu.
hehe
;)
HARAP ikot putaran bulan...mungkin cepat sket...
hak3...
xpe....Xkesah pon xjumpe...ari-ari da bosan layan sup tulang da pon kat kedai mamak dpn opis ni...
zz
Post a Comment